Hari ini..tamat sudah peperiksaan ulangan UPSR. Minggu lepas.. SIA sudah berakhir.. Anak-anak tahun 6 sangat gembira.. kata mereka."Merdeka!!". tapi tidak bagi guru-guru.. peranan dan khidmat kami akan diteruskan.
Bermulalah aktiviti baru bagi tahun 6 iaitu Program PAsca UPSR & SIA. Hari ini program dimulakan dengan permainan futsal. Komited sungguh guru-guru PJK membimbing mereka. terima kasih kepada usaha dan kerjasama semua guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan futsal ini.
Minggu hadapan.. banyak lagi aktiviti menarik yang akan dijalankan. Tunggu....
No comments:
Post a Comment